By Catholic Sabah
Mar 19 2021
SEBAGAI sahutan kepada panggilan Laudato Si, Creation Justice Commission, CJC Sabah telah menganjurkan Kempen “Lindungi Bumi Kita, Lindungi Anak-Anak Kita bermula 1 Sep 2020 – 31 Ogos 2025.
Salah satu komitmen kempen oleh CJC pada tahun pertama adalah amalan “tutup lampu, nyalakan lilin, berdoa bersama dan bertindak demi generasi akan datang” selama satu jam pada setiap bulan, secara online.
Pada Selasa 23 Mac, program Earth Hour akan dijalankan dengan Doa Rosari bersama pada jam 8.00 – 9.00 malam.
Umat boleh menyertai melalui channel Youtube Komisi KACT Keningau atau laman Facebook Creation Justice Commission – CJC Sabah.
Disertakan di bawah renungan bagi doa rosari tersebut, disediakan oleh CJC Sabah, untuk sesi doa yang lebih bermakna.