
Oleh PZ
KOTA KINABALU – Selepas menjelajah seluruh pelusuk Malaysia selama 18 bulan, Perjalanan Salib secara rasminya telah tamat, meninggalkan pelbagai kisah kebangkitan rohani, pertaubatan, dan pembaharuan yang menyentuh kehidupan umat Katolik dari bandar-bandar sibuk hinggalah ke kampung-kampung paling terpencil.
Ziarah bersejarah yang bermula pada 3 April 2025, di Katedral Hati Kudus di Kota Kinabalu sempena Hari Belia Katolik Malaysia atau lebih sinonim dengan panggilan MCYD, menyaksikan sembilan salib menjelajah kesemua sembilan keuskupan agung/keuskupan di Malaysia. Inisiatif itu, yang merupakan sebahagian daripada visi yang lebih besar untuk mengukuhkan perpaduan Gereja di bawah tema ”Rayakan, Dengarkan, Berjalan sebagai Satu Gereja,” telah dirancang sejak 2018 dan menjadi pendahulu kepada Konvensyen Pastoral Malaysia 2026 (MPC 2026), iaitu perhimpunan pertama seumpamanya yang melibatkan semua keuskupan di Malaysia, dan pada masa berita ini disiarkan, dijangka dihadiri oleh lebih 800 perwakilan.
Walaupun sembilan salib tersebut dijadualkan melawat 165 paroki di seluruh negara, perjalanan mereka jauh melangkaui pusat bandar. Di beberapa keuskupan, salib-salib ini dibawa ke gereja kecil di pedalaman, memastikan umat Katolik di kawasan pinggiran dapat merasai kepentingan rohani ziarah ini.
Konsep Perjalanan Salib ini diilhamkan daripada tradisi Salib Belia, iaitu amalan yang telah lama diamalkan di keuskupan-keuskupan di Sabah, di mana salib lazimnya dihantar ke setiap paroki sebelum berakhir di paroki tuan rumah bagi Hari Belia Sabah.
Baca berita penuh dalam Catholic Sabah Vol 69 No 17 bertarikh Sep 6 2026.











































