Katekis Pembimbing bergambar bersama Fr Mitchelly Kiun selepas Rekoleksi Penyegaran Iman, 27 Jan 2024

Oleh SOCCOM St Theresa,Kota Marudu

Feb 16 2024

KOTA MARUDU – Pada  27 Jan 2024, Komiti Kateketikal Paroki St Theresa mengadakan Rekoleksi Penyegaran Iman kepada para Katekis Pembimbing lama dan baharu bertemakan ”Kita adalah Pengurus Ciptaan Tuhan.

Seramai 121 Katekis  Pembimbing yang lama dan baharu telah menyertai rekoleksi tersebut dengan dua slot  ceramah. Ceremah tersebut telah disampaikan oleh Fr Micthelly Kiun. Fr Mitchelly mengajak semua pemimbing agar dapat memainkan peranan untuk menjaga dan memelihara alam sekitar dengan menjadi pelindung kepada flora dan fauna dengan mengamalkan amalan 3R iaitu Reduce, Reuse & Recycle.

Berikut adalah perkongsian daripada katekis pembimbing yang hadir dalam rekoleksi tersebut:

Wini Eging (St Joseph Husband of Mary, Sungoi Laut, Zon Tagaroh)

Saya bersyukur atas panggilan Tuhan ini. Setelah berbincang dengan suami maka saya telah mengambil keputusan untuk menyahut panggilan menjadi Ketekis Pembimbing dan mengajar di kelas PMG. Ini merupakan pengalaman pertama sebagai pembimbing.

Fedly Majid (St Mary Mother of God,Morion, Zon Tandek)

Puji Tuhan! Ini merupakan tahun yang ke-4 saya menjadi Katekis Pembimbing dan membimbing di kelas IKD. Saya bersyukur atas panggilan menjadi pembimbing bagi mongongsikan Kisah Kasih Tuhan kepada para calon IKD.

Aloysius Apat (Chapel St Vincent De Paul Gumpa, Zon Pitas)

Pada awalnya saya merasakan diri belum bersedia untuk menjadi Katekis Pembimbing namun kerana chapel kami berada sangat jauh dari pusat paroki maka saya tekad untuk menjadi pembimbing buat kali pertama. Syukur atas panggilan ini.