
Herald Malaysia
KENINGAU – Seramai 492 Katekis Pembimbing telah menyertai Rekoleksi Pembaharuan dan Pelantikan Katekis Pembimbing pada 23 Jan lalu.
Katekis pembimbing merujuk kepada individu yang bertanggungjawab dalam membimbing, mengajar dan membina iman para pelajar katekismus.
Msgr Gilbert Lasius semasa memimpin Misa Kudus penutup, menegaskan kepentingan tanggungjawab seorang katekis pembimbing yang mendampingi para katekumen untuk mengenal tentang Gereja dan Yesus.
Para katekis pembimbing juga diingatkan bahawa pendidikan iman ialah berkenaan Kristus dan karya-karyaNya di diunia.
Begitu pentingnya peranan katekis pembimbing dalam karya pewartaan Gereja, sehingga Bapa Suci Yohanes Paulus II dalam surat Apostolik pertamanya “Catechesi Tradendae” berterimakasih kepada para katekis awam yang begitu komited dalam pelayanan mereka dan melalui katekis pembimbing, para pelajar katekismus dan katekumen dapat mengenal Kristus.
Msgr Gilbert turut memberikan tiga cadangan dalam memperbaiki pelayanan katekis pembimbing iaitu: sentiasa mempertingkatkan pengetahun tentang ajaran Katolik, melayani dalam kebersamaan dan sentiasa menjaga moral kerana katekumen pembimbing adalah contoh kepada para katekumen. – Herald Malaysia










































