
Oleh Alicia Dora Paul
KOTA KINABALU – Komisi Pelayanan Pastoral Migran dan Perantau (ACMI) di Keuskupan Agung Kota Kinabalu telah mengadakan pertemuan pertama Komiti Pelayan Migran Paroki (KPMP) untuk sesi 2026-2028 pada 19 Sep 2026 di Catholic Archdiocesan Centre.
Pertemuan itu telah menghimpunkan seramai lebih kurang 60 perwakilan dari 23 paroki di Keuskupan Agung serta dihadiri oleh penasihat rohani, Fr Ambrose Atang dan koordinator dari ACMI.
Program dimulakan dengan sesi suai kenal antara sesama ahli memandangkan terdapat lantikan baru bagi ketua dan koordinator KPMP di paroki masing-masing.
Program diteruskan lagi dengan taklimat pengenalan terhadap ACMI yang disampaikan oleh Fr Ambrose dan disambung oleh Sr Imelda, fsic tentang pengenalan dan peranan KPMP di peringkat paroki.
Dalam pertemuan itu juga, pembentangan laporan KPMP untuk sesi 2023-2026 telah disampaikan oleh Anselmus diikuti dengan perbincangan tentang masalah dan cabaran berkaitan migran dan perantau yang dihadapi di paroki.
Selain itu, ahli-ahli turut membincangkan tentang aktiviti komisi yang seterusnya iaitu Kembara-4 serta mengatur tarikh dan masa pertemuan mengikut kluster masing-masing.
Program tamat pada jam 1.00 pm. Semua yang hadir menikmati jamuan makan bersama sebelum bersurai.










































