Bapa Suci Fransiskus dan Nunsio Charles John Brown di Vatikan tidak lama dulu
Sep 30 2020
BAPA Suci Fransiskus melantik duta apostolik baharu untuk Filipina pada 28 Sept 2020. Dia telah memutuskan untuk memindah tugaskan Uskup Agung kelahiran Amerika Syarikat, Mgr Charles John Brown, yang ketika ini bertugas sebagai Nunsio Apostolik untuk Albania menjalani misi diplomatik Takhta Suci di Filipina. Mgrs Charles akan menetap di Manila.
Difahamkan bahawa Jabatan bagi Nunsio Apostolik di Filipina telah kosong sejak 16 Dis 2019, ketika Bapa Suci memindahkan Nunsio Gabriele Giordano Caccia ke Kesatuan Bangsa-Bangsa (PBB) di New York sebagai ketua misi pemerhati tetap Takhta Suci.
Nunsio Charles John Brown lahir pada 13 Okt 1959 dan ditahbiskan sebagai paderi Keuskupan Agung New York pada 13 Mei 1989. Sebelum datang ke Roma, beliau bekerja sebagai pembantu pastor Paroki Gereja St Brendan di Bronx.
Pada bulan Sept 2009, beliau dilantik sebagai pembantu setiausaha Komisi Teologi Internasional, yang membantu Takhta Suci, terutama Kongregasi Ajaran Iman dalam memeriksa pertanyaan-pertanyaan doktrinal yang sangat penting.
Pada 26 Nov 2011, Bapa Suci Benediktus XVI melantiknya menjadi Nunsio Apostolik untuk Irlandia. Bapa Suci Benediktus menahbiskannya menjadi uskup pada Hari Epifani, 6 Jan 2012. Kemudian, Bapa Suci Fransiskus melantiknya sebagai Nunsio Apostolik untuk Albania pada 9 Mac 2017. – Hidup Katolik