Liga Wanita Katolik
Oleh Nelson Fernandez
Oct 16 2023
DONTOZIDON – Liga Wanita Katolik Bahagian Dontozidon telah mengadakan Mesyuarat Agung Tri-Tahunan pada 24 Sept 2023 yang bermula jam 2.00 petang dan dihadiri seramai 54 ahli Liga Wanita Katolik dari tiga paroki iaitu Paroki St Paul Dontozidon, Paroki Holy Nativity Terawi dan Paroki St Thomas More, Kepayan bertempat di Dewan St Paul Dontozidon.
Ketua penyelaras Liga Wanita Katolik Anita Tunggolou, Rosalind Sua Setiausaha dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu dan Joan Matanjun Pengerusi Liga Wanita Katolik dari Bahagian Kota-Kinabalu sebagai tetamu khas dan Pembimbing Rohani Sr Lucy Embayan ynag turut hadir di Mesyuarat Agung tersebut.
Sebelum Mesyuarat Agung bermula, Fr Terans Thadeus memimpin doa pembukaan dan seterusnya memberi kata-kata motivasi pelayanan. Fr Terans berkata bahawa Liga Wanita Katolik adalah tulang belakang yang selalu bekerja, membantu dibelakang tabir dan memberi kekuatan demi gereja kita. Peranan Liga Wanita Katolik adalah dekat dengan Bonda Maria kerana tidak putus asa sebab Tuhan tidak pernah putus asa dengan kita dan kelebihan melayani dapat memperkuatkan hati kita dan bersatu di dalam doa.
Dalam pengundian, Anastasia Modili telah dipilih sebagai Pengerusi, Veronica Lojuti sebagai Timbalan Pengerusi dan Mary Rose Amui sebagai Bendahari Liga Wanita Katolik Bahagian Dontozidon bagi Sesi 2023 – 2026.
Mesyuarat ini diakhiri dengan doa penutup dari Fr Terans seterusnya sesi bergambar dan jamuan makan petang bersama.