Para pewarta bergambar bersama Fr Terans Thadeus selepas Misa Kudus
Oleh Nelson Fernandez
Oct 10 2023
BUKIT PADANG – Paroki St Paul Dontozidon telah mengikuti Misa Kudus sempena pesta penaung bagi lektor atau pewarta St Jerome pada 29 Sept 2023 di Gereja Mary Immaculate Bukit Padang.
Seramai 38 pewarta menghadiri Misa tersebut dan membawa misi kepada Paroki Dontozidon agar terus melayani sebagai satu komuniti besar.
Misa kudus yang di rayakan oleh Fr Terans Thadeus dan beliau memberikan kata-kata peransang dan keteguhan iman kepada para pewarta yang menurutnya pewarta juga memainkan peranan penting dalam mewartakan sabda Tuhan iaitu salah satu penginjilan dan misi Gereja bagi mengekalkan budaya .
Sesi bergambar bersama dan makan malam mengakhiri pertemuan pada malam tersebut.