
Oleh Florence David
PENAMPANG, 30 Julai 2026 – Pusat Latihan Belia Montfort (MYTC) mencatat satu lagi pencapaian penting dengan menerima kumpulan pertama pelatih bagi Program Latihan Kemahiran Wanita yang dihidupkan semula di Kampus Penampang.
Program tersebut menawarkan latihan dalam bidang Dandanan Rambut dan Gunting Rambut Berserta Keusahawanan. Ia bertujuan melengkapkan wanita muda daripada keluarga kurang berkemampuan, lepasan sekolah serta mereka yang memerlukan peluang kedua dengan kemahiran vokasional untuk membina kehidupan yang lebih bermakna dan berdikari.
Kumpulan sulung itu terdiri daripada sembilan pelatih dari Paitan, Beaufort, Papar, Penampang dan Kota Kinabalu.
Sebahagian pelatih berulang-alik setiap hari, manakala mereka yang datang dari daerah lebih jauh disediakan kemudahan penginapan menerusi kerjasama MYTC dengan Woorijib dan Asrama Stella Maris.
Baca berita penuh dalam Catholic Sabah Vol 69 No 16 bertarikh Aug 16 2026.












































