Para belia merakamkan album kenangan semasa sambutan Natal peringkat Zon Pitas pada 25 Dis 2024 di Chapel St Pio Rukom,Pitas

Oleh SOCCOM CFC Sabah

Jan 19 2024

PITAS – Pada 25 Dis 2023 sempena hari Natal peringkat Zon Pitas, enam chapel bergabung merayakan sambutan sukacita itu. Chapel-Chapel itu adalah St Pio Rukom, St Monica Ladap, St Petrus Kiambalang, St Nicholas Mampakad, St Stefanus Bilangau Kecil dan St Vincent De Paul Gumpa.

Perayaan Misa Kudus diadakan pada jam 11.00 pagi. Kehadiran umat sangat menggalakkan di mana lebih 200 umat hadir dan memeriahkan sambutan Natal tersebut.  Antara acara yang telah dilaksanakan semasa perayaan Natal peringkat Zon Pitas adalah acara pertandingan sukan rakyat seperti melastik, teka gula dalam balang, baling rotan, pecahkan belon, teka berat ayam Jantan dan acara khas untuk para ahli Liga Wanita Katolik. Acara yang menarik minat para tetamu adalah  cabutan tiket bertuah di mana hadiah utama adalah sebuah kereta kancil.

Pemenang cabutan bertuah dari chapel St Nicholas Mempakad iaitu Firdaus Masintai. Majlis melabuhkan tirai pada jam 9.30 malam dan doa penutup dipimpin oleh Fr Mitchelly Kiun.

Fr Mithcelly Kiun bersama dengan pengerusi pengajur, Zaitus dan beberapa umat semasa sambutan Natal peringkat Zon Pitas