Dikon Rudolf de Acquaviva, CSE (kiri hadapan) dan Fr Sharbel Francisco de Karem’ Ei CSE (kanan hadapan) bersama Uskup Cornelius Piong, paderi dan dikon dari Keuskupan Keningau semasa pentahbisan mereka di Pertapaan Karmel Kaingaran pada 6 Feb lalu
Oleh Didiroy Joneh
Feb 9 2021
TAMBUNAN – Keuskupan Keningau menerima seorang paderi dan seorang dikon setelah ditahbis oleh Uskup Datuk Cornelius Piong pada 6 Feb 2021 yang lalu di dalam Misa Kudus tertutup di Pertapaan Karmel, Kaingaran di sini.
Uskup Piong menyatakan syukur dan puji Tuhan kerana walaupun pentahbisan yang dijalankan adalah tertutup, apa yang penting adalah tahbisan ini sah dan berkata jangan gara-gara COVID-19 kita menjadi kaku.
“Misa Kudus yang diadakan secara tertutup ini merupakan pertama dan sejarah bagi Keuskupan ini. Apa yang penting perjalanan misa kudus ini berjalan dengan sempurna dan sah.
“Tuhan sentiasa memanggil justeru kita harus peka dan belajar mendengarnya, jangan menutup hati dan telingga kita dengan cara hidup duniawi sahaja,” kata Uskup Piong
Kevin Joseph Simbikol, 31, mengambil nama biaranya Fr Sharbel Francisco de Karem’ Ei, CSE, adalah anak ke-empat daripada enam orang adik beradik dan juga merupakan anak jati Tambunan.
Sharbel merupakan paderi ke-dua daripada Kongregasi Carmelitae Sincte Eliae (CSE) yang ditahbis di Keuskupan Keningau selepas Fr Geovanni C. Sugau yang ditahbis pada tahun 2012 lalu.
Sharbel mengambil moto tahbisan “Aku telah memanggil engkau dengan namamu, engkau ini kepunyaanKu” petikan dari Yes 41:1.
Fr Sharbel memasuki masa Postulan Kongregasi CSE di Pertapaan Karmel Kaingaran pada 16 Julai 2011 dan seterusnya menerima Jubah Kebiaraan dan memasuki tahun Novisiat selama dua tahun.
Kemudian pada 16 Julai 2014, Sharbel telah melakukan ikrar Kaul Pertama di Pertapaan Karmel. Sejurus selepas itu, dia berangkat ke Sekolah Tinggi Katolik Seminari (STIKAS) Sto. Yohanes Salib, Bandol, Kalimantan Barat, Indonesia selama tiga tahun dalam program Teologi dan Filsafat.
Pada 2015-2017, dia melaksanakan praktikal pastoral melalui kuliah kerja nyata di paroki St Theresa dari KanakKkanak Yesus, Keuskupan Agung Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia dan pada tahun berikutnya telah menerima pelantikan Lektor dan Alkolit.
Seterusnya pada 7 Sep 2019, Fr Sharbel telah menerima tahbisan Dikon di Pusat Kerohanian Karmel Bandol, Kalimantan Barat, dan melengkapkan program pastoralnya sebagai dikon di Keuskupan Agung Pontianak.
Katanya setiap kita mempunyai kisah panggilan tersendiri, namun yang pasti Tuhan merupakan sebuah panggilan cinta iaitu membawa kepada sebuah pengalaman kasih dengan Tuhan itu sendiri.
Menurut Fr Sharbel keinginan ini tumbul pada usia 17 tahun setelah rasa terpanggil di Pertapaan Karmel Kaingaran. “Setelah mengenal para brother dan sister CSE sebagai seorang pertapa dan kehidupan harian mereka, saya begitu tersentuh dan bagi saya kehidupan seperti itu begitu istimewa,” katanya menceritakan bagaimana bibit-bibit keinginan memasuki panggilan itu mula timbul.
Sejak kecil dia merupakan seorang pengemar filem daripada Negara China, seperti filem Kungfu dan kehidupan membiara Buddha seperti seorang sami yang duduk bersila sambil bermeditasi namun dia langsung tidak mengetahui bahawa Katolik juga mempunyai kehidupan membiara seperti ini, sehinggalah dia menyertai satu program pada tahun 2007.
Diakhir bual bicara ini Fr Sharbel mengongsikan bahawa pangillan tuhan itu amat misteri tidak kira muda atau tua jika Ia memanggil kita tetap terpanggil namun jawapanya terpulang kepada kita samada ya atau tidak.
Fr Sharbel sempat memberikan nasihat kepada para belia bahawa Tuhan punyai waktu sendiri untuk menyentuh hati dan memanggil orang untuk datang melayani, kalau mendengar panggilanNya jangan takut dan jangan keraskan hatimu, serahkan dirimu pada Tuhan, kerana jika Tuhan memanggil dia pasti menopang hidup kita, katanya.
Ditahbis sebagai dikon pada hari itu ialah Dikon Rayner Bin Sagulu, 29 tahun. Dia mengambil nama biara Rudolf de Acquaviva, CSE dan membawa moto pentahbisan “Di dalam dia kita beroleh keberanian dan jalan masuk kepada Allah” Ef 3:12.
Bibit pelayanan membiara mula timbul sejak tahun 2008, ketika tiga sister Karmelita datang ke KUK Tombotuan di mana Rudolf melayani. Katanya, “Setelah program ketika itu saya mula ingin mengenali kongregasi ini dengan lebih dalam, syukur dan puji Tuhan seperti yang anda lihat ketika ini, saya tetap dalam pelayanan saya kerana Tuhan memanggil kita mendengarkanNya”.
Dalam nasihatnya kepada para belia yang masih mencari panggilan dan mempunyai keinginan besar untuk mengabadikan diri kepada Tuhan lewat gereja, mahupun paderi, biarawan atau biarawarti, kata Dikon Rudolf “kejarlah impianmu, jika anda suda memilihnya, jangan lepaskan, setialah dan tahan uji, tahan banting sampai akhir hidup.”
Dia juga berharap agar para ibubapa sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak untuk menyahut panggilan khususnya sebagai paderi.
Turut serta dalam Misa Kudus Pentahbisan ini ialah Fr Rudolp Joannes, Fr Harry Dorisoh, Fr Giovanni C. Sugau serta Dikon Wilfred James yang bakal ditahbis sebagai paderi pada 13 Februari 2021 di Katedral St Francis Xavier, Keningau.
Satu lagi dikon iaitu Dikon Gilbert James, OFMCap juga bakal ditahbis sebagai paderi pada 27 Februari 2021 di Paroki St Theresa Tambunan.