Umat Gereja St Teresa de Avila mendengar penjelasan tema Hari Komunikasi Sosial Sedunia ke-58 pada 5 Mei

Oleh Roselia Stanislaus

May 9 2024

INANAM – Sempena Hari Komunikasi Sosial Sedunia Ke-58 yang bakal dirayakan pada 12 Mei 2024, Komiti Komunikasi Sosial atau SOCCOM di Gereja St Teresa de Avila telah menyampaikan penerangan perayaan ini melalui tayangan video berdurasi pendek sebelum Ibadat Sabda bermula pada 5 Mei yang lalu.

Tayangan video ini serba sedikit memberi penjelasan tentang tema perayaan tersebut iaitu “Kecerdasan Buatan dan Kebijaksanaan Hati: Menuju Komunikasi Manusia Seutuhnya”.

Tujuan penerangan ini adalah untuk membuka minda dan hati semua umat yang hadir tentang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) berasaskan sistem digital yang kini berkembang pesat di serata dunia. Revolusi Industri ini didorong oleh kemampuan kecerdasan buatan sebagai salah satu kunci pemacu utamanya.

Seramai 300 umat yang menghadiri Ibadat Sabda pada hari itu turut diingatkan bahawa gereja sentiasa berpangkal dan berakar pada peribadi manusia. Kalau tidak berhati-hati, kemajuan akhirnya diarahkan hanya demi kemajuan itu sendiri, sehingga tidak menyumbang kepada kebaikan terhadap kehidupan umat manusia.

Roselia Stanislaus, pengerusi Soccom Gereja St Teresa de Avila memberikan sesi