Fr Bonaventure Unting bergambar bersama para peserta selepas Misa Kudus pembukaan

Oleh Caroline Liew

Apr 11 2023

KENINGAU- “Pergi dan berkhemahlah!” Begitulah ungkapan berkat perutusan Fr Bonaventure Unting semasa merayakan Misa Kudus Pembukaaan Khemah Belia Zon Dalit di Gereja St.Dominic Dalit, KSFX.

Dengan mengambil tema “Biarlah Rohmu menyala-nyala dan layanilah Tuhan” (Roma 12:11). Seramai 130 belia dari sekitar Zon Dalit telah berhimpun di Gereja St Dominic Dalit selama tiga hari dua malam bermula pada 10 – 12 Mac lalu.

Program Khemah Belia Zon Dalit yang merupakan anjuran kali pertama KBK Zon Dalit dengan kerjasama Komisi Belia Keuskupun Keningau.

Selama tiga hari, para peserta KBZ Dalit disirami dengan pelbagai pengisian seperti ketekisis, pujian dan penyembahan, indoor dan outdoor games, perkongsian, Celebration of Faith (Persembahan KUK) dan banyak lagi yang menarik serta membangkitkan semangat pelayanan para belia Katolik di Zon Dalit.

Dalam sesi perkongsian majoriti peserta mengungkapkan sukacita mereka dalam menyertai semua sesi yang disediakan, apatah lagi kem yang julung kali diadakan di Zon Dalit.

Semasa pujian dan penyembahan berlangsung, nyanyian dan tarian peserta sungguh memarakkan suasana. Sesi ceramah dan katekesis menyentuh hati peserta sehingga ada yang menitiskan air mata. Aktiviti permainan membina semangat kesatuan, kepimpinan dan cara berkomunikasi. Para peserta dapat mengeluarkan talenta mereka semasa sesi Celebration of Faith.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam mengikuti kem. Saya paling suka sesi puji-pujian. Selain itu, dalam sesi I am Special saya dapat mengenali diri saya  dan sebagai seorang Katolik saya dapat pengetahuan serta semangat mahu melayani terutama selepas dengar sesi I am Catholic, I am Alive” Petronelila (Peserta).

‘Sebelum ini saya tidak berani untuk bercakap di hadapan orang ramai, tetapi dalam Kem ini banyak yang saya pelajari dalam semua sesi dan saya mahu kongsikannya dengan semua peserta dan rakan-rakan yang tidak menyertai kem ini ” Aaron (Peserta).

“Aktiviti yang paling menyentuh hati saya dalam kem ini ialah sesi ceramah, games dan puji-pujian. Saya dapat belajar tentang tanggungjawab, kesatuan, kerjasama dan semangat juang. Harapan saya selepas KBZD ini belia-belia di Zon Dalit akan mengalami iman yang diperbaharui dan diteguhkan, berani bersaksi, bersemangat untuk melayani dan terus menghidupi semangat gereja sinodal” Angelie Eva Alfred

Dalam Misa Kudus Penutupan KBZD, Uskup Cornelius Piong mengungkapkan rasa syukur dan berkata dengan peringatan, “Syukur atas penglibatan belia dalam kem ini. Penglibatan belia dari awal penting untuk pembangunan iman. Sejak dibaptis kita telah diutus untuk bersaksi seperti yang diharapkan Kristus kamu adalah terang dan garam dunia (Mat 5 :13-16). Sentiasa ingat tiga hal utama agar dapat terus komited dan bertahan uji dalam pelayanan iaitu terus mahu mengenal, mencintai dan melayani Tuhan. “

Uskup Cornelius mengimbas kembali pengalaman pelayanan di Zon Dalit puluhan tahun dahulu yang mencabar sehingga kini banyak perkembangan yang berlaku dan semakin ramai yang menjadi saksi Kristus. Prelatus berharap semangat belia sentiasa menyala dan program seperti KBZD akan berterusan.

Diakhir KBZ Dalit, Pengerusi penganjur Kem yang merangkap Pengerusi KBK Zon Dalit dan Katekis Pemimpin Ibadat Sabda, Angelie Eva Alfred bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat secara langung dan tidak langsung dalam menjayakan Khemah Belia Zon Dalit kali pertama itu.