
Oleh Martilena Tsen
KKIP – Bulan Kateketikal pada Ogos 2026 menyapa kembali para katekis pembimbing, ibu bapa, penanggung dan pelajar itu sendiri dengan tema, “Menjadi Kristus kepada satu sama lain.” Tema yang bertepatan dan memberi suntikan semangat kepada katekis pembimbing selaku evangelisasi peribadi.
Di bawah bimbingan Pengerusi dan Koordinator Paroki Holy Family Telipok, Sr Elizabeth, fsic, Tim Kateketikal di Gereja Divine Mercy (DMC) bergerak selangkah ke hadapan dalam pembentukan iman dan persiapan secara peribadi berhadapan dengan panggilan yang mencerminkan peribadi Yesus dalam pelayanan.
Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang bulan Ogos antaranya;
- Kategori Kelas IKD, IKK, Penguatan, SKM 7-10
Menulis refleksi tentang diri sendiri siapa mereka pada 10 tahun akan datang. - Kategori SKM 1-6
Mewarna imej Yesus mengikut kreativiti. - Menulis dari Injil Markus terbuka kepada semua pelajar di bawah Kateketikal DMC mengikut kreativiti masing-masing.
- Melawat sambil belajar ke Sacred Heart Cathedral (SHC) serta berkongsi pengalaman bersama Rite of Christian Initiation of Adults (RCIA) dan Pertemuan Minggu Gembira (PMG)
- Menerima berkat daripada Fr Wilson Francis di dalam Misa Kudus pada 23 Ogos 2026 di SHC.
- Memberi sumbangan penghargaan tanda terima kasih atas bimbingan dan doa kepada Fr Wilson, RCIA SHC, Richard Angkis dan PMG SHC, Peter Suking.
- Makan bersama selepas selesai perkongsian.
Menghidupi peribadi Yesus tidaklah mudah, namun kita dipanggil untuk mahu mengambil keputusan mengubah peribadi diri sebagai seorang saksi iman yang teguh dan menyatukan. Selain itu, ibu bapa, penanggung dan pelajar harus berjalan seiringan agar misi dan visi Kristus dihidupi bukan sahaja di gereja tetapi di rumah dan persekitaran.
Inisiatif untuk membangun Kerajaan Tuhan itu perlu komitmen, usaha, kerjasama, nilai menghormati, kejujuran, keikhlasan, pengorbanan dan doa yang berterusan.
Semoga Roh Kudus terus memimpin setiap peribadi para katekis pembimbing dengan senjata iman yang mampu membawa perubahan serta melengkapi peribadi diri bersesuaian dengan panggilan pelayanan.












































