
Oleh Martilena Tsen
KKIP – Komiti Warden mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Dart Terbuka buat pertama kalinya kepada Komuniti Kristian Dasar (KKD), Komiti dan penyertaan adalah terhad kepada umat di Gereja Divine Mercy (DMC) sahaja.
Penganjuran program itu diharapkan dapat memberi kesedaran, menyemai dan membangun semangat sinodaliti bersama serta dapat menghidupkan cintakasih dalam kekeluargaan dengan umat di Gereja DMC.
Pertandingan itu berlangsung selama tiga hari pada 29–31 Ogos 2026, bermula pada jam 11.00 am hingga 10.00 pm. Tiga kategori yang dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki, perseorangan perempuan dan beregu campuran. Penglibatan umat yang menggalakkan memberi cetusan semangat untuk terus memperjuangkan kesukanan dalam komiti bersama umat setempat.
“Pelbagai persiapan dilakukan sebelum menjayakan aktiviti ini, namun kita mencari kelainan yang bakal melahirkan bakat-bakat terpendam,” kata Pengerusi Sukan Dart, Harry Rawi. Tindakan positif melahirkan kejayaan kepada para pemenang pertandingan, Julius Yusup, juara pertandingan perseorangan lelaki, Caroline Badit, juara acara perseorangan perempuan, manakala kategori beregu campuran dimenangi oleh Jovinia Juting dan Joe Gantiam.
Sijil penghargaan diberikan kepada Fr Postinus Kurup selaku Penaung Darts yang merasmikan majlis pembukaan dan penutupan, sekaligus menyampaikan sijil penghargaan kepada para penaja Sukan Dart DMC iaitu Jenddy Dato Sanggau, Felix Kimsang, Irene Sabinus, Henry Bating, Fabian Banan, Rosnah Ullap, Jeffery Lim dan Simon Mamat.
Di akhir acara, Pengerusi Sukan Dart DMC merangkap Penasihat 1, Harry Rawi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang baik daripada barisan Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi (AJKT) yang terdiri daripada Edmend Julius, Pengerusi Sukan Komiti, Boniventure James, Penasihat 2, Jacklynn Jas, Setiausaha 1, Caroline Badit, Setiausaha 2 dan Anselmus Philip, Bendahari. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan berharap semoga aktiviti seumpamanya akan diteruskan lagi di masa akan datang.
Program seterusnya adalah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Chapel St Simon Pulau Penampang, Sepanggar Darters, Gereja Holy Family Telipok dan akhir sekali menyertai Sabah Open Dart.












































