
Oleh SOCCOM @ Kuluk Molisau
TENGHILAN – Hari yang bermakna bagi umat Katolik di Chapel St Peter Chanel, Koburan pada 28 Apr 2025 kerana dapat mengadakan perayaan Santo Penaung bagi chapel mereka.
Martinus Peter Aloi selaku Pengerusi Chapel ini berkata bahawa mereka berasa bertuah kerana bukan sahaja dapat mengadakan sambutan sederhana perayaan itu malah dapat merayakan Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr Wiandigool Runsab, Paderi Pembantu paroki Tuaran.
Selepas Misa Kudus, acara bergambar beramai-ramai diadakan diikuti dengan acara pemotongan kek sempena Hari Penaung Chapel itu.
Semasa makan bersama, cabutan nama bertuah juga dijalankan bagi memeriahkan majlis pada hari itu. Riak wajah umat yang hadir sangat mengesankan dan semoga pada tahun depan sambutan ini dapat diteruskan bagi memuliakan Tuhan.