Uskup Cornelius Piong, Keuskupan Keningau

Aug 19 2021

KENINGAU – Uskup Cornelius Piong mengucapkan takziah kepada Uskup Agung John Wong ke atas pemergian Fr Jasery Gabuk dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu pada 17 Ogos lalu, bagi pihak seluruh paderi, religius, komuniti dan umat Tuhan di Keuskupan Keningau. 

 

UCAPAN TAKZIAH

Tarikh: 19 Ogos 2021

Kepada,

Yang Teramat Mulia Archbishop Datuk John Wong, Para Paderi, Para Religius, Umat Awam, Keuskupan Agung Kota Kinabalu

 

Kami umat Allah Keuskupan Keningau merasa sedih dan turut berdukacita atas pemergian Rev Fr Jasery E Gabuk.

Kemi berdoa semoga belas kasihan Tuhan menjemput dan menempatkan dia di rumah Bapa di syurga dalam hidup kekal selama-lamanya.

Kepada anggota-anggota keluarga, semoga tabah menghadapi kesedihan ini dan mendapat penghiburan dari Tuhan, asal dan tujuan hidup kita manusia (Yoh 14:1-6).

 

Salam takziah dari,

Para Paderi, Para Religius, Komuniti-Komuniti dan seluruh umat Keuskupan Keningau.

 

+Bishop Datuk Cornelius Piong