Umat bergambar bersama Fr Fr Christopher Ireneus dan Seminarian Athanascylus Aginasious selepas Misa Kudus

Oleh Veloriza Monggong

Feb 16 2023

TELUPID – Pada 12 Jan 2024 yang lalu, Fr Christopher Ireneus dan Seminarian Athanascylus Aginasious bersama-sama dengan Komuniti Umat Katolik (KUK) St Maria Ratu Rosari, Ladang Mayvin menyambut perayaan 3-dalam-1 iaitu sambutan Krismas, ulang tahun pemberkatan kapela ke-4 tahun serta pemberkatan dewan mini chapel yang baharu.

Sebelum memulakan Misa Kudus jam 6.00 petang, paderi paroki terlebih dahulu memberikan sakramen pengakuan kepada umat yang hadir.

Dalam homilinya, Fr Christopher menyentuh tentang Yesus yang menyembuhkan orang lumpuh (Mrk 2: 1-12).

Selesai misa kudus, semua umat berkumpul di dewan mini untuk upacara pemberkatan dewan mini yang baru saja dibina. Selesai sahaja upacara pemberkatan, umat disajikan dengan persembahan bunga api sebagai simbolik perasmian dewan mini yang baharu.

Dixon Jimoni selaku pengurus ladang mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan acara pemberkatan dan perasmian tersebut.

Selesai ucapan, paderi, seminarian dan umat berkumpul untuk pemotongan kek kesyukuran dan diteruskan dengan acara makan bersama. Sepanjang majlis tersebut, turut diselitkan acara cabutan tiket nama bertuah dan penyampaian hadiah bagi acara sukaneka kanak-kanak yang telah dijalankan lebih awal iaitu pada 6 Jan 2024 selepas ibadat sabda. – Dospo 

Upacara pemotongan kek kesyukuran