Pemberkatan buah limau oleh Fr Wiandigool Runsab

Oleh Marcus Kopong

Feb 19 2022

KOTA MARUDUSejarah terlakar bagi Paroki St Theresa,Kota Marudu apabila buat julung kalinya Misa Kudus sempena Perayaan Tahun Baharu Cina diadakan di pusat paroki pada 1 Feb yang lalu.

Dalam homili yang disampaikan oleh Fr Wiandigool Runsab, beliau secara peribadi merasa sangat bersyukur kerana dapat bersama-sama merayakan Misa Kudus pada pagi itu.

Menurut beliau, ini membuktikan suatu kesatuan dan semangat kekitaan yang ditunjukkan oleh umat di paroki di mana kehadiran umat pelbagai suku kaum dalam Misa itu memeriahkan lagi sambutan perayaan khususnya  kepada  kaum Tionghua.

Antara pengisian dalam sambutan tersebut ialah pemberkatan buah limau dan penagihan buah limau kepada semua umat yang hadir dalam Misa Kudus pada pagi itu. Turut hadir dan memberi sokongan terhadap perayaan tersebut ialah barisan kepimpinan para religious,MPP,LWK,TPBP dan umat separoki.