
KENINGAU – Majlis Malam Seribu Kenangan telah diadakan pada 12 Apr, di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal.
Program itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi membina Biara Kongregasi Poor Clare di Keuskupan Keningau.
Dana dikumpulkan melalui lagu-lagu tajaan nyanyian para paderi dan para religius.
Turut hadir ialah Uskup Cornelius Piong, Msgr Gilbert Lasius dan Msgr Nicholas Stephen dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
Keuskupan Keningau secara rasminya mengalu-alukan kedatangan Kongregasi Poor Clare Sister pada 12 Sept 2019 lalu. “Kongregasi kontemplatif penting untuk menyedarkan kehadiran Tuhan serta menyokong Gereja dan keuskupan melalui doa. Dalam dunia yang semakin lalai akan Tuhan, mereka menjadi saksi bahawa Tuhan hidup di tengah kita,” jelas Uskup Cornelius Piong.
Semoga pembinaan Biara Kongregasi Poor Clare berjalan lancar dan dipercepatkan. – Herald Malaysia













































