Mantan katekis, katekis terkini dan katekis pelapis bergambar bersama Fr Jalius Sading (kemeja biru muda)
Oleh Soccom KB
Oct 10 2023
KOTA BELUD – Majlis Penghargaan kepada Para Katekis yang diadakan pada 17 Sept 2023, telah berjalan dengan lancar.
Majlis yang julung Kali di adakan di Chapel St Thomas, Kelawat, Kota Belud ini meraikan beberapa katekis termasuklah mantan katekis, katekis terkini dan katekis pelapis.
Penama mantan ketekis ialah Kat Stanislaus Sipin Bin Kulud, Theresa Amin dan Julianah Kondilis Binti Barumbun manakala katekis terkini ialah Kat Blasius J Kusi dan Martin Lihuan Bin Guritom.
Sementara bagi katekis pelapis ialah Kat Pelapis Bernard Jawing, Aldryne Ginduk, Teresa Binisol, Suelen Sungkit, Veronica Julianah Yapat dan Florence Hanna Hasjim.
“Kalau kita sentiasa berdendam dengan orang lain, kita tidak ada kedamaian dalam diri kita, apatah lagi kalau kita melayani dalam gereja, kasih Tuhan Yesus itu tidak dapat disampaikan kepada orang lain sebab kita berdendam dan tiada keceriaan,” kata Paderi Paroki, Fr Jalius Sading dalam homilinya semasa Misa Kudus.
Majlis diteruskan dengan upacara pemotongan kek dan beberapa persembahan pentas yang dipersembahkan oleh para belia dan Liga Wanita.
Bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, satu permainan khas untuk para katekis iaitu “Isi air dalam balang secara berpasangan”, “Mencari pasangan dan Mengenal Individu (Pemimpin)”. Setiap permainan itu mempunyai makna tersendiri dalam kehidupan seperti yang telah diterangkan oleh Pengerusi KPUK Angelo Maikat.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil Penghargaan kepada para katekis, penyambaian hadiah kepada pemenang permainan dan sesi bergambar.