Aaron Maurice

Kompilasi oleh Euseclara Suah

Oct 15 2022

Aaron Maurice (30) dari Zon Penampang

Bagaimana anda dipanggil mengikuti PYD 8?

Shallom, nama saya Aaron Maurice saya berumur 30 tahun dan berasal dari Kampung Tanaki, Penampang. Bagaimana saya dipanggil untuk mengikuti PYD8 ini? Saya dapat panggilan untuk mengikuti PYD8 ni apabila saya melihat ada orang dari kampung saya postmengenai bazaar untuk PYD8 fundraising di group Whatsapp.

Dengan galakan daripada ahli keluarga terutamanya  daripada uncle saya, saya mendaftar untuk menyertai PYD8 ini. Disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia pada tahun 2020, aktiviti belia pun terhenti maka rancangan saya untuk menyertai SYD yang sepatutnya diadakan di Limbahau, Papar pada tahun itu pun tergendala. Virtual SYD pun saya tidak dapat ikut disebabkan kekangan kerja. Dan apabila saya mendengar berita bahawa PYD8 pada tahun ini diadakan secara fizikal, tanpa membuang masa, saya pun terus mendaftarkan diri untuk menyertai.

Apakah ‘Salib’ atau masalah anda dalam kehidupan anda dan bagaimana anda menghadapi atau menghidupi ‘Salib’ atau masalah itu?

Salib ataupun masalah yang saya hadapi sekarang ini ialah dari segi kewangan ini kerana saya sekarang ini saya perlu selesaikan bayaran balik Pinjaman PTPTN dan juga perlu bayar CCM bulanan kenderaan dan lain-lain lagi. Bagaimana saya menghadapi Salib ini ialah saya berdoa agar sentiasa kuat dan saya sentiasa simpan kata-kata ini ‘God will provide’.

Persiapan sebelum sesi Arise

Berdasarkan tema PYD 8 ‘Bangkit & Bersaksilah!’ (Kis 26:16)

Bangkit pada fahaman saya ialah kita harus bangkit dari tidur kita, bangkit dan bersaksilah kepada mereka yang tidak tahu dan ingin tahu tentang Tuhan.

Saya harus bangkit dari masalah saya hadapi dan bersaksi kepada dunia dengan menyebarkan khabar baik kepada orang-orang di luar sana yang haus akan Tuhan.

Selepas menyertai PYD8 ini saya rasa bersemangat untuk terus melayani Tuhan dan kalau boleh saya ingin mewartakan khabar gembira ini kepada orang-orang terutama para belia di luar sana.

‘Bersaksilah’

Bersaksilah bermaksud setiap dari kita haruslah menjadi Cahaya dan Garam kepada dunia bukan saja dari segi pelayanan tetapi dari segi perbuatan kita sebagai seorang belia Katolik.

Saya bersaksi untuk Kristus sebab setiap daripada kita perlukan Tuhan dalam kehidupan kita seharian.

Tim puji-pujian untuk Energizer

Berdasarkan sesi ii: “Be Brave”

Apa yang saya takut ataupun kelemahan saya adalah saya seorang yang sedikit pemalu terutama sekali apabila disuruh untuk berucap di khalayak ramai. Cara saya mengatasi ketakutan ataupun kelemahan saya ialah saya berdoa minta bantuan Roh Kudus agar memberi saya kekuatan untuk berucap di khalayak ramai.

Saya harus menjadi berani agar dapat menyebarkan khabar baik kepada para belia- belia di luar sana dan menjadi cahaya dan garam kepada mereka.

Ketakutan saya juga ialah menghadapi penolakan dan kritikan daripada orang ramai. Untuk mengatasi ketakutan ini saya harus berani menghadapi penolakan dan kritikan seperti mana yang dialami oleh Yesus dan para rasulnya semasa mereka menyebarkan khabar gembira.

Hendry John, Koordinator TPBP menyampaikan cendera kenangan kepada Fr Terans Thadeus

Let it be GREEN

Mernurut pemahaman saya ‘Let it be Green’ adalah menjaga alam sekitar kita dengan baik tanpa mencemarkannya.

Apa yang saya dapat daripada sesi ‘Let it be Green’ ialah selain menjaga alam sekitar kita seharusnya menanam benih iman di dalam diri kita sehingga ia tumbuh seperti tumbuhan hijau.

Saya akan cuba sedaya upaya untuk menghidupi kehidupan sebagai seorang belia Katolik dan menanam sifat iman seorang Kristian dalam kehidupan seharian.

Harapan Belia

Harapan saya ialah ramai lagi belia Katolik di luar sana dapat  mengikuti program-program belia yang dianjurkan di Keuskupan masing-masing dan terus melayani di mana-mana komuniti ataupun kumpulan yang ada di Gereja.

Saya ingin mereka menanam sifat iman Kristian Katolik di dalam keluarga dan menurunkan iman kepada anak.