Msgr Primus bersama pengerusi MPP, Luvita Koisun, Sr Rose FSIC dan YB Jannie Lasimbang mengetam padi bagi merasmikan Pesta Kaamatan di St Thomas, Kepayan

Oleh SOCCOM, St Thomas Kepayan

June 7 2022

KEPAYAN – Gereja St Thomas More merayakan Pesta Kaamatan peringkat Paroki pada 22 Mei 2022, yang dirasmikan oleh Msgr Primus Jouil.

Serentak dengan Pesta Kaamatan itu, umat di paroki itu juga merayakan Ulang Tahun Pentabisan Msgr Primus yang ke-42 serta hari jadinya yang ke-73.

Perayaan Kaamatan yang bertemakan “Kaamatan menjiwai alam semulajadi” itu turut dihadiri oleh YB Jannie Lasimbang, pengerusi MPP Luvita Koisun dan Sr Rose Hui.

Kemeriahan pesta itu sangat jelas apabila hampir kesemua umat memakai pakaian tradisi mengikuti Misa Kudus yang dipimpin oleh Msgr Primus.

Selepas Misa, umat beralih di dewan di mana Msgr Primus bersama YB Jannie merasmikan Pesta Kaamatan itu dengan mengetam padi yang diiringi dengan paluan gong.

Program diteruskan dengan pemotongan kek dan makan tengah hari.

Pelbagai acara telah di adakan untuk memeriahkan lagi pesta seperti pertandingan Magagong, Sumazau, Masakan Tradisi dan juga pertandingan Mr Kaamatan.

Perayaan Kaamatan ini diakhiri dengan doa penutup oleh Msgr Primus Jouil pada jam 6.00 pm.