
Oleh Martilena Tsen
KKIP – Sambutan Ulang Tahun Pentahbisan Imamat ke-14 Fr Jeffri Gumu yang diadakan di Gereja Divine Mercy, KKIP disambut dengan meriah pada 23 Ogos 2026.
Sambutan yang dimeriahkan oleh barisan Komuniti Umat Katolik (KUK) dan umat itu bermula dengan doa dan pemotongan kek, disusuli dengan acara bergambar dan makan bersama.
Sambutan itu diadakan sebagai tanda kesyukuran atas masa, tenaga dan komitmen Fr Jeffri dalam membangun iman dan tunjuk ajar dalam pelbagai perkara bagi umat di Gereja Divine Mercy.
Semasa sambutan itu, umat turut memberi penghargaan kepada Fr Jeffri sebagai tanda Syukur dan terima kasih.
Pelbagai acara persembahan khasnya bagi memeriahkan sambutan itu.










































