Fr David Gasikol menyerahkan bantuan kepada Tony Wong, Pengerusi MPP Tenom
Oleh Juanis bin Marcus
June 10 2021
KENINGAU – Pada 29 Mei yang lalu, Caritas Katedral St Francis Xavier (KSFX) Keningau telah menghantar bantuan mangsa banjir di daerah Tenom dan Kemabong. Ini bertujuan untuk menyokong usaha meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir selain sebagai tanda kepedulian sesama paroki di dalam satu keuskupan.
Usaha pengumpulan bantuan daripada para umat telah bermula sejak 20 Mei lagi, sehari selepas bencana banjir menimpa daerah Tenom dan Kemabong. Sebuah lori tiga tan, bersama dua buah kenderaan pacuan empat roda digunakan untuk menghantar bantuan yang berupa wang ringgit, pakaian, makanan tin dan juga air mineral.
Penghantaran kali ini diketuai oleh Fr David Gasikol, dan turut ditemani oleh Pengerusi MPP Keningau, Nancy Nelly Joneh, Pengerusi Caritas KSFX, Kat. Claudeus Kinsik dan beberapa umat yang datang secara sukarela untuk membantu.
Konvoi bantuan ini pertamanya menyerahkan bantuan ke Gereja St Anthony Tenom yang disambut oleh Pengerusi MPP Tenom, Tony Wong dan kemudian kepada Gereja Bonda Maria Penolong Abadi, Mission Kemabong yang telah disambut oleh Pengerusi MPM Kemabong, Tony Madan.
Pada 31 Mei pula, Caritas KSFX telah menghantar bantuan kepada Gereja St Valentine Beaufort.
Fr David Gasikol menyerahkan bantuan kepada Tony Madan, Pengerusi MPM Kemabong.