Uskup Agung John Wong bergambar bersama umat St Theresa,Kota Marudu 

Oleh SOCCOM KM

Nov 1 2022

KOTA MARUDU – Selepas tiga tahun tidak dilawati oleh Uskup Agung John Wong disebabkan pandemik, umat di St Theresa,Kota Marudu gembira apabila uskup mengunjungi umat di sini pada 1 Okt 2022. Lawatan selama dua hari itu diisi dengan pelbagai aktiviti menarik iaitu melibatkan aktiviti dalam dan luar bangunan gereja.

Dua minggu sebelum kedatangan Uskup Agung John Wong, umat di paroki ini telah mengadakan Hari Sukan Separoki yang melibatkan keempat-empat zon yang terdapat dalam paroki ini. Zon yang terlibat ialah Zon Pitas, Zon Tandek, Zon Langkon dan Zon Pusat. Antara sukan yang telah dipertandingkan ialah badminton, futsal dan bola tampar.

Pada malam ketibaan uskup John, acara khas diadakan bagi merayakan ulangtahun pentahbisan uskup yang kedua belas tahun di mana pelbagai acara pentas telah diadakan.

Kemuncak lawatan pastoral Uskup Agung John Wong adalah perayaan Ekaristi di mana 79 umat di paroki ini telah menerima Sakramen Penguatan.

Majlis kesyukuran diteruskan di dewan paroki untuk meraikan kegembiraan bersama para penerima Sakramen Penguatan tersebut.

Beberapa persembahan pentas yang melibatkan kanak-kanak Inisiasi Kanak-kanak (IKK), Pertemuan Minggu Gembira (PMG) dan juga para belia yang menyumbangkan lagu-lagu dan tarian serta lakonan.

43 orang lelaki menerima Sakramen Penguatan

36 orang perempuan menerima Sakramen Penguatan