Umat St Peter Bundu Kuala Penyu menyanyikan Lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri Sabah selepas Misa Hari Malaysia, diketuai oleh Fr Clement Abel pada 16 Sep
Oleh KOMSOS KP
Sep 27 2021
KUALA PENYU – Nyanyian Lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri Sabah selepas Misa Hari Malaysia pada 16 Sept 2021 diketuai oleh Fr Clement Abel disertai oleh umat di luar Gereja St Peter Bundu di sini.
Ini adalah misa pertama di Gereja tersebut sebagai gereja pusat setelah daerah ini telah mencapai tahap Imuniti Kelompok 80% jumlah penduduk dewasa yang telah lengkap divaksin.
Perasaan syukur dan rendah hati menyelubungi umat ketika merayakan Misa itu. Mereka berharap agar wabak ini cepat berakhir dan gereja-gereja di outstasi luar dapat dibuka semula bagi memastikan umat dapat bersama-sama melayani dan memuji Tuhan.