Para peserta Rekoleksi Kerasulan Kerahiman Ilahi bergambar bersama Fr Rhobby Mojolou

Oleh Januar Andan

Nov 1 2022

TUARAN – Dunia era pendemik yang mengusarkan kian berlalu, komiti kerasulan Kerahiman Ilahi Zon Tamparuli di pimpin Nancy Radum dan ahli jawatankuasanya melangkah maju apabila berjaya melaksanakan rekoleksi, pada minggu terakhir dalam bulan september  lalu bertempat di gereja St Philip Tamparuli.

Pihak Komiti melalui paderi paroki Fr Edward Raymond masa itu dengan sokongan Fr Florian Marcus selaku Spiritual Director of the Divine Mercy Apostolate Archdiocese of Kota Kinabalu telah menghantar Alexander Tham selaku penceramah utama dalam rekoleksi tersebut. Beliau telah mengupas semua aspek Devosi Kerahiman Ilahi dan mengajak umat untuk berdevosi bersama.

Lebih 100 orang umat telah hadir dalam rekoleksi yang diadakan dari pagi hingga petang diikuti dengan misa kudus senja. Komiti yang sama dari zon Topokon turut hadir. Komiti Liga Wanita gereja turut membantu dalam menyediakan kebajikan para peserta sepanjang rekoleksi ini.

Rekoleksi dimulakan dengan pentakhtaan alkitab dipimpin oleh Fr Rhobby Mojolou. Pada jam 3 petang umat berdoa, Doa Kerahiman Ilahi bersama dan sesi terakhir dilanjutkan selepas itu. Masa rekoleksi yang singkat menyebabkan beberapa slot ditiadakan.  Rekoleksi yang berakhir sekitar jam 4 petang diakhiri dengan ucapan syukur oleh para peserta atas kesempatan hadir dalam rekoleksi ini.