
Oleh Evelyn Justine
LA FORESTA, Kiulu – Gabungan fraterniti dari St John The Apostle, Tuaran, St Joseph Husband of Mary, Kiulu dan St Elizabeth of Hungary, Telipok, mengadakan ‘renungan diri’ atau refleksi mengenai apakah itu OFS, mengapa menyertai OFS, dan apakah peranan anggota OFS di paroki masing-masing.
Program pada 21 Feb 2026 yang dikendalikan oleh Friar Cruzendar Alex, OFM, selaku Pembimbing Rohani National Council Malaysia, Sabah, dan Petronella Munting, National Formator, itu dan sekaligus menjadi penceramah selama dua hari pertemuan itu berlangsung.
“Jika kamu telah memilih untuk menyertai anggota OFS, maka kamu telah memilih tujuan hidup yang lebih khusus. OFS bukanlah sekadar persatuan atau kelompok, tetapi OFS adalah cara hidup Injil. Kita tahu untuk menghidupi Injil adalah sukar kerana inilah realitinya; OFS memerlukan lebih daripada dua orang untuk menghidupi fraterniti dan cara hidup Injil,” ujar Friar Cruz.
Formasi adalah nadi OFS. Tanpa formasi, fraterniti akan mati perlahan-lahan. Oleh itu, hendaklah para anggota OFS mencari diri Kristus yang hidup dan berkarya di dalam hati, Kitab Suci, perayaan liturgi, dan seumpamanya. Terjiwai oleh Santo Fransiskus dan terpanggil bersama dia untuk memugar Gereja, hendaklah mereka bertekad dengan sepenuh hati untuk hidup sepenuhnya dalam persekutuan dengan Bapa Suci, para uskup, dan paderi-paderi, sambil dengan penuh kepercayaan memupuk dialog terbuka yang subur dan berbuah bagi kerasulan.
Baca berita penuh dalam Catholic Sabah Vol 69 No 6 bertarikh Mac 15 2026.















































