Uskup Cornelius Piong (duduk kedua dari kanan) menunggu giliran untuk menerima vaksin dos kedua di Dewan Masyarakat Keningau pada 16 Jun
Oleh Juanis bin Marcus
June 23 2021
KENINGAU – Selepas menerima suntikan Vaksin Comirnaty yang pertama pada 26 Mei lalu, Bapa Uskup Cornelius Piong tidak mempunyai masalah untuk memenuhi temujanji penerimaan suntikan vaksin dos kedua pada 16 Jun di tempat yang sama, Dewan Masyarakat Keningau.
Prelatus tiba sebelum jam 8.00 pagi lagi dan selesai pada jam 9.30 pagi. Turut menerima suntikan dos kedua ini adalah semua mereka yang telah menerima suntikan vaksin dos pertama yang terdiri daripada para paderi, sister, kru Kekitaan FM dan kakitangan Katedral St Francis Xavier.
Dengkap lengkapnya dos suntikan vaksin yang telah diterima oleh Ketua Keuskupan Keningau ini, memberi contoh kepada umat Katolik khususnya di Keuskupan Keningau untuk turut serta mendaftar untuk menerima vaksin.
Sementara itu Datuk Masidi Manjun, jurucakap perkembangan harian COVID-19 di Sabah, berkata satu minggu yang lalu sebanyak 27 peratus penduduk Sabah iaitu seramai 743,552 sudah mendaftar sebagai penerima vaksin.