
Oleh Martilena Tsen
KKIP – Komiti Warden mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Dart Terbuka buat pertama kalinya kepada Komuniti Kristian Dasar (KKD), Komiti dan tertutup kepada umat di Gereja Divine Mercy (DMC) sahaja. Menyedari, menyemai dan membangun semangat sinodariti bersama dapat menghidupkan cintakasih kekeluargaan dengan umat di Gereja DMC.
Pertandingan itu berlangsung selama tiga hari, 29 – 31 Ogos 2026, bermula pada jam 11.00am – 10.00pm. Tiga kategori yang dipertandingkan iaitu single lelaki, single perempuan dan double mix. Penglibatan umat memberi cetusan semangat untuk terus memperjuangkan kesukanan dalam komiti bersama umat setempat.
“Pelbagai persiapan dilakukan sebelum menjayakan aktiviti ini, namun kita mencari kelainan yang bakal melahirkan bakat-bakat terpendam”, kata Pengerusi Sukan Dart, Harry Rawi. Tindakan positif melahirkan kejayaan kepada para pemenang pertandingan, Julius Yusup, juara pertandingan single lelaki, Caroline Badit, juara acara single perempuan, manakala kategori mix double dimenangi oleh Jovinia Juting dan Joe Gantiam.
Di setiap perancangan akan ada tanda penghargaan atau sumbangan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang samada dalam bentuk doa, tenaga, hadiah, wang tunai dan lain-lain. Sumbangan hadiah berupa sijil penghargaan diberikan kepada Fr Postinus Kurup selaku Penaung Darts, merasmikan pembukaan dan penutup, juga menyampaikan sijil penghargaan kepada para penaja Sukan Dart DMC iaitu Jenddy Dato Sanggau, Felix Kimsang, Irene Sabinus, Henry Bating, Fabian Banan, Rosnah Ullap, Jeffery Lim dan Simon Mamat.
Di akhir acara, Pengerusi Sukan Dart DMC, Harry Rawi, Penasihat 1 mengucapkan terimakasih atas kerjasama yang baik daripada para barisan Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi (AJKT) yang terdiri daripada Edmend Julius, Pengerusi Sukan Komiti, Boniventure James, Penasihat 2, Jacklynn Jas, Setiausaha 1, Caroline Badit, Setiausaha 2 dan Anselmus Philip, Bendahari dan tahniah kepada para pemenang. Semoga semangat kesukanan akan terus bersemarak untuk masa depan yang lebih mencabar.
Program seterusnya ialah mengadakan “Friendly Match” bersama Chapel St Simon Pulau Penampang, Sepanggar Darters, Gereja Holy Family Telipok dan akhir sekali menyertai Sabah Open Dart.










































