Anak-anak dari Komiti Liturgi Sabda Kanak-kanak (LSKK) menyanyikan lagu “Ibu” selepas Ibadat Sabda
Oleh Roselia Stanislaus
May 16 2024
INANAM – Ibadat Sabda pada 12 Mei lalu sempena Sambutan Hari Ibu di St Teresa de Avila Bantayan, Inanam dimeriahkan dengan perarakan masuk gereja beramai-ramai oleh anak-anak dari Komiti Liturgi Sabda Kanak-kanak (LSKK) seramai 120 orang.
Para anak-anak ini telah membuat persiapan awal sehari sebelum, untuk menulis, melakar dan mencipta kad untuk ibu tersayang mereka.
Kanak-kanak mencipta kad untuk ibu tersayang
Para ibu turut diraikan dengan lagu “Ibu” oleh anak-anak ini dan seterusnya mereka memberi kuntuman bunga mawar kepada ibu masing-masing sejurus selepas Ibadat Sabda berakhir.
“Aktiviti ini adalah simbolik untuk melatih para anak-anak supaya memperingati jasa ibu dan seterusnya ekspresi terima kasih dari seorang anak kepada seorang wanita hebat yang bergelar ibu,” jelas Shantye Jidek, Pengerusi LSKK St Teresa De Avila Bantayan.
Kuntuman mawar untuk ibu tersayang