Oleh SOCCOM Paroki St Theresa,Kota Marudu
May 20 2024
KOTA MARUDU – Upacara Pembaptisan Bayi dan Kanak-kanak siri 2 pada 5 Mei 2024 di Gereja St Theresa, Kota Marudu disempurnakan oleh Fr Rayner Bisius. Seramai 31 bayi dan kanak-kanak dibaptis pada hari itu.
Para belia merakamkan album kenangan semasa merayakan Hari Paskah dan Hari Kaamatan peringkat Zon Matunggong pada 4 Mei 2024. Wajah ceria belia semasa melayani dalam perayaan Hari Paskah dan Hari Kaamatan.
Para umat merakamkan album kenangan Bersama dengan Fr Mitchelly Kiun selepas merayakan Misa Kudus Keluarga sempena hari Jumaat pertama bagi bulan Mei pada 3 Mei yang lalu.
Peserta MES dan umat diraikan selepas Misa Kudus untuk bulan Mei pada 3 Mei 2024. Turut diraikan Puan Jenny Voo penyelaras Komiti Kateketikal Paroki St Theresa, Kota Marudu.
Seminarian Philip Asirwalam merakamkan album kenangan Bersama dengan Fr Mitchelly Kiun dan barisan MPP pada 2 Mei 2024 semasa majlis perpisahan bersama dengan umat paroki.