Oleh Sr Rusiah Garuk, fsic, CJC Sandakan Diocese
Jan 20 2021
“Oleh firman Tuhan, langit telah dijadikan” (Mzm 33: 6). Dengan demikian, hal ini menunjukkan kepada kita bahawa dunia berasal dari suatu keputusan, bukan dari kekacauan atau hal kebetulan, dan itu membuat dunia lebih agung (Laudato si, No: 77)
Kita diajak melihat Alam sebagai rahmat dan berkat dan bukannya komoditi.
CJC Sabah ingin mengajak umat untuk menyertai webinar mengenai alam bertajuk “Keajaiban VS Kemusnahan Ciptaan Tuhan” pada 22 Jan (Jumaat) pada jam 8.00 malam.
Ia akan dibawa secara langsung melalui aplikasi Zoom https://qrco.de/bbupXx dan laman Facebook Creation Justice Commission-CJC Sabah.
Penceramah webinar adalah Assoc Prof Dr Justin Sentian, dari Faculty Science and Natural Resources, UMS yang juga adalah seorang ahli CJC Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
Alam adalah suci dan merupakan sakramen bagi semua makhluk atau benda hidup dan kita semua adalah saling berkait rapat.
Inti Teologi Kristiani didasari dari Tritunggal yang mana memperlihatkan dua kualiti yang luar biasa iaitu hubungan yang saling memperkaya dan saling berkongsi.
Krisis ekologi adalah suatu perjalanan salib di mana perubahan cuaca dan pemanasan global telah menyalibkan dunia kita dan orang-orang miskin dengan luka-lukanya sekali. (Sumber: FABC – Webinar on Ecological Faith Formation in Asia, 3 Dec 2020)
Berikut adalah butiran webinar melalui aplikasi ZOOM:
ZOOM LINK: https://qrco.de/bbupXx
Meeting ID: 860 2449 3962
Passcode: CJCSabah
CJC Sabah terdiri daripada tiga Creation Justice Commission iaitu CJC Keuskupan Agung Kota Kinabalu, KKACT Keuskupan Keningau dan CJC Keuskupan Sandakan