Fraternity OFS bergambar bersama dengan Uskup Agung John Wong

Oleh OFS 

Jan 30 2024

TELIPOK – Pada 31 Dis 2023, Gereja Holy Family merayakan Misa bagi menyambut Hari Keluarga Separoki. Misa dirayakan oleh Uskup Agung dan seramai 103 calon telah menerima Sakramen Penguatan dalam Misa Kudus tersebut.

Paroki Telipok mempunyai lapan outstasi terdiri daripada St Mary Magdalena Kayu Madang, St Flora Lapasan, St Petrus Tampulan, St Francis Xavier Bunsut, St Lazarus Natai Sokid, St Irenaeus Natai Siba Dan Gereja Divine Mercy KKIP.

Pameran sejarah hari paroki telah menarik perhatian uskup agung dan umat yang hadir. Pelbagai persembahan pentas diadakan di dewan paroki yang dipersembahkan oleh wakil dari fraternity OFS terdiri dari anak-anak dan remaja dengan tarian contemporary iringan lagu bertajuk ’Puji dan Sembah’ Lirik Dhivo Dolat, ini disusuli dengan persembahan daripada komuniti Kerasulan Keluarga Katolik.

”Kita semua sedia maklum bahawa kesibukan Uskup Agung John Wong sangat terbatas, oleh kerana itu kehadiran uskup agung kita pada hari ini sempena hari paroki adalah kesyukuran yang besar,” kata Paderi Paroki David Sham dalam kata alu-aluannya.

Kesempatan dalam kemeriahan majlis tidak terlepas dari setiap umat yang bergambar bersama dengan Uskup Agung John Wong, begitu juga dengan fraternity OFS Telipok anak-anak, remaja dan para ibu bapa, suasana majlis berjalan dengan meriah.