Selamat Hari Malaysia!
Malaysia mengadakan Sukan Malaysia (SUKMA) XXI beberapa minggu yang lalu. Upacara perasmian dan penutupan SUKMA mencerminkan perpaduan kita dalam kepelbagaian, yang meraikan perhimpunan pelbagai budaya dan etnik, demi sukan di Malaysia. RTM menyiarkan secara langsung upacara dan acara sukan (menggunakan teknologi digital ‘5G-Advanced’ yang inovatif), untuk membolehkan seluruh negara meraikan bakat dan pencapaian generasi muda rakyat Malaysia.
Upacara SUKMA mengetengahkan perbezaan dengan upacara perasmian Olimpik Paris pada Julai lalu yang dikritik oleh para pemimpin politik dan agama sebagai tidak hormat dan menyinggung perasaan. Sketsa jijik yang mempersenda Perjamuan Akhir karya Leonardo da Vinci sesungguhnya mengkhianati semangat kecemerlangan, hormat menghormati dan persahabatan Olimpik, yang pada asasnya berusaha untuk menggalakkan sukan, budaya dan pendidikan bagi membina dunia yang lebih baik bagi semua umat manusia.
Ramai rakyat Malaysia memuji upacara SUKMA, dan ramai penonton serta warganet yang sependapat: “Hebat Sarawak. SUKMA opening ceremony lebih hebat daripada Olimpik Paris,” “Paris harus belajar daripada ini,” dan sebagainya. Saya percaya apa yang menambat hati rakyat Malaysia adalah SUKMA meraikan perpaduan dan persahabatan kita, yang memberi penghormatan sewajarnya kepada pelbagai tradisi kebudayaan dan atlet-atlet muda.
Inilah semangat sebenar sebagai rakyat Malaysia – dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung – yang merayakan Hari Malaysia pada 16 September. Biarlah tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ menjadi satu realiti, yang melambangkan integrasi rakyat Malaysia daripada pelbagai kebudayaan dan etnik.
Ini digambarkan di dalam akronim M.A.D.A.N.I. – dengan setiap huruf yang menggambarkan nilai teras yang perlu diamalkan di dalam cara hidup harian kita di Malaysia.
Pada dua bulan terakhir, iaitu Julai dan Ogos, Sarawak, Sabah dan Semenanjung telah meraikan tarikh-tarikh pemerintahan sendiri dan kemerdekaan masing-masing. Sempena Hari Malaysia, sebagai warga negara Malaysia, lebih daripada slogan dan kata-kata, marilah kita dengan ikhlas bergandingan tangan dan bekerja untuk membina negara, benar-benr menjadi satu bangsa Malaysia, yang meraikan perpaduan dan kepelbagaian kita, menerima satu sama lain serta menghormati semua agama, kaum dan kebudayaan.
Biarlah “permohonan, doa, syafaat dan kesyukuran dinaikkan bagi semua manusia – bagi raja-raja dan semua yang memegang kuasa, supaya kita hidup aman tenteram, salih dan penuh hormat”. (1 Timotius 2:1-2)
Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-61
Uskup Agung Dr Simon Poh
Presiden, Persidangan Uskup-Uskup Katolik Malaysia
幾周前,馬來西亞舉辦了第二十五屆馬來西亞運動會(SUKMA XXV)。馬來西亞運動會的開幕式和閉幕式展現了我們多元團結的精神,慶祝了不同文化和種族在馬來西亞體育中的匯聚。馬來西亞電視臺通過創新的 5G 先進數字技術現場直播了比賽和儀式,使全國人民能夠一起慶祝我們年輕一代馬來西亞人的才華和成就。
馬來西亞運動會的儀式突顯了與 7 月巴黎奧運會開幕式的鮮明對比,後者因其內容受到政治和宗教領袖的批評,被認爲是不敬和冒犯的。這種對達·芬奇《最後的晚餐》的不雅呈現,確實背離了奧林匹克精神——卓越、尊重和友誼,奧林匹克的宗旨是通過體育、文化和教育來構建一個更美好的世界。
許多馬來西亞人稱讚馬來西亞運動會的儀式,許多觀衆和網民紛紛表示:砂拉越太棒了。馬來西亞運動會的開幕式比巴黎奧運會更精彩」,「巴黎應該向我們學習」等等。我相信,打動馬來西亞人心靈的是,我們的馬來西亞運動會慶祝了團結與友誼,給予了各個文化傳統應有的尊重,並向年輕運動員表達了敬意。
這正是真正的馬來西亞精神——來自沙巴、砂拉越和西馬的我們共同慶祝 9 月 16 日的馬來西亞日。讓「馬來西亞文明:自由精神」的主題成爲現實,象徵着來自不同文化和種族的馬來西亞人的融合。這正如M.A.D.A.N.I.這個縮寫所預示的,每一個字母代表着我們在馬來西亞日常生活中應當實踐的核心價值觀。
在過去的7月和8月,砂拉越、沙巴和西馬分別慶祝了各自的自治與獨立日。在馬來西亞日這個特別的日子,作爲馬來西亞公民,讓我們超越口號和言辭,真誠地攜手並肩,爲國家建設共同努力,成爲真正團結一致的馬來西亞人民,慶祝我們的團結與多樣性,相互接納並尊重所有的宗教、種族和文化。
讓我們「爲一切人懇求、祈禱、轉求和謝恩,併爲衆君王和一切有權位的人,爲叫我們能以全心的虔敬和端莊,度寧靜平安的生活。」(弟前 2:1-2)。祝賀大家第 61 屆馬來西亞日快樂。
馬來西亞天主教主教團主席
傅雲生博士總主教