Romo Richard bersama umat K3i bagi paroki St Catherine Inanam

Oleh Stefanus Luya & Michael Kimin Guntili

Mei 2 2024

INANAM – Romo John Richard Lessor seorang Paderi dari Indonesia datang ke Paroki St Catherine Inanam dan mengunjungi Paderi Paroki, Fr David Sham serta melayani bersama di gereja tersebut 17 Mac 2024.

Romo Richard berada di Sabah untuk beberapa hari semasa menziarahi kubur bapanya di kawasan Inanam. Beliau dilahirkan di Kg Pomotodon Inanam pada tahun 1992 dan pernah bersekolah di SRK Pomotodon Inanam sebelum melanjutkan pelajarannya di sebuah Universiti di Indonesia.

Romo Richard mendapat Sarjana Sastera dan Bacholer Theology dari Universiti Sonata Dhama Yogyakarta. Beliau ditahbis sebagai Diakon pada 4 Jul 2023 di Gereja Katedral Roh Kudus, Weetambula, Keuskupan Weetambula Sumbo Barat Daya. Beliau melayani sebagai diakon selama tiga minggu sebelum ditahbis sebagai paderi pada 1 Ogos 2023 di Paroki Sang Penebus Sumba Timur Waingapu.

 “Ibu, Inilah Anak mu” adalah tema pilihan beliau dalam pelayanannya. Sebaik saja ditahbis sebagai Romo, dia melayani sebagai pendidik para seminarian di Postulat Redemptoris Indonesia.

Sempena dengan lawatannya ke Paroki St Catherine, Komiti Kelompok Keluarga Katolik Indonesia (K3i) bagi gereja St Catherine menganjurkan acara Ramah Mesra bersama Romo John Richard selepas Misa Kudus pada 17 Mar 2024 yang turut dihadiri oleh beberapa Ketua Komuniti serta ahli ahli Majlis Pastoral Inanam.

Sebagai penghargaan yang tidak ternilai, Pengerusi K3i, Stefanus Luya telah memberi kalungan yang merupakan selendang tradisi kepada Romo Richard. Romo Richard turut menyertai tari menari bersama umat dari K3i sehingga selesai upacara pada hari itu.