Oleh SOCCOM Paroki St Theresa,Kota Marudu

Mei 13 2024

SAMBUTAN Hari Paskah dan Pesta Kaamatan 2024 peringkat Zon Matunggong pada 28 April 2024 (Ahad). Misa Kudus dipimpin oleh Paderi Paroki Fr Rayner Bisius yang mencakupi empat KUK yang telah berjaya dibentuk di Zon tersebut.

Orentasi Program Kehidupan Kristian (CLP-64) dianjurkan oleh Couples For Christ di Chapel St Andrew Rasak pada 1 Mei 2024. Program tersebut dilaksanakan bermula pada 19 Mei 2024.

Umat St Andew Rasak mengadakan kerja gotong royong membina dan menyiapkan grotto di chapel tersebut pada 30 April 2024.

Grotto Our Lady of Fatima di Chapel St Andrew Rasak berjaya disiapkan pada 3 Mei 2024.