By Catholic Sabah

Nov 27 2020

PEJABAT Pembangunan Insan (Perubahan Iklim) dalam Federasi Konferensi-Konferensi Para Uskup Se-Asia telah mengeluarkan ‘Eko Kalendar Adven 2020’ untuk menggalakkan para umat Katolik bertindak bersama dalam penjagaan rumah sejagat kita sepanjang musim Adven.

Eko kalendar tersebut bermula pada minggu Adven pertama, 29 Nov 2020 dan berakhir pada hari Krismas, 25 Dis 2020.

Eko kalendar ini memberikan saranan gabungan aktiviti yang reflektif dan kontemplatif serta tindakan-tindakan praktikal yang boleh dilakukan pada setiap hari sepanjang musim Adven.  

Komisi Keadilan Ciptaan Tuhan bagi ketiga-tiga keuskupan di Sabah menggalakkan umat untuk meluangkan masa melakukan aktiviti penjagaan alam ini yang didasarkan atas Ensiklik Laudato Si’.

Tindakan harian ini boleh dilakukan secara individu, bersama keluarga atau bersama komuniti gereja.

Eko Kalendar ini boleh didapati dalam tiga bahasa seperti di bawah untuk dimuat-turun. 

EKO KALENDAR ADVEN_BM

ADVENT ECO CALENDER 2020

ADVENT ECO CALENDER 2020_ Chinese