
(Bawah) Kanak-kanak bersedia untuk aktiviti pancing botol (Gambar: Dibekalkan)
Oleh Freodolin Komudis
PITAS – Sambutan Hari Paskah gabungan Gereja St Monica, Ladap dan St John Paul II, Kiambalang telah diraikan sebagai tanda kegembiraan bagi umat Katolik seluruh dunia amnya di kedua-dua Gereja ini.
Sambutan itu diadakan pada Ahad, 5 April 2026, di Gereja St Monica Ladap. Lebih dari 60 umat termasuk kanak- kanak hadir bersama dalam memeriahkan kebangkitan Yesus Kristus.
Walaupun sambutan itu diadakan secara sederhana, dengan tujuan mempersatukan umat dari gereja lain supaya saling tolong-menolong, bertumbuh dan berjalan bersama sebagai satu keluarga. Kesederhanaan sambutan itu tercapai, kerana kesatuan umat di kedua–dua Gereja.
Ibadat Sabda dipimpin oleh Katekis Julius Gimbarang. Turut hadir dalam sambutan itu adalah Katekis Tonny Yong dan Katekis Agustine Gampalid.
Antara aktiviti yang telah dilakasanakan oleh para belia kepada kanak-kanak seperti makan roti gantung dan pancing botol. Aktiviti itu dijalankan untuk memeriahkan lagi suasana apatah lagi kepada kanak-kanak.
Dengan kemeriahan aktiviti umat dan juga kanak-kanak dapat merasai kebahagiaan dalam pelayanan Gereja di mana iman mereka bertumbuh dengan bimbingan rohani.














































